Wednesday, October 19, 2011

perasaan aku???


weyh kau...
memang aku perempuan yang takde perasaan...
kau tahu tak kenapa?
sebab KALAU AKU ADA PERASAAN....

aku takkan mampu cakap aku lepaskan kau dengan kerelaan hati...
aku takkan mampu cakap aku doakan kau bahagia bersama dia...
aku takkan mampu tersenyum di saat kau pergi bersama dia..
aku takkan mampu menjadi pendengar setia masalah kau dan dia..
aku takkan mampu makan bersama kau dan dia..
aku takkan mampu mendengar setiap perbualan kau dan dia...
aku takkan mampu pujuk kau disaat dia melukai kau..
dan aku takkan mampu bernafas di saat aku lepaskan kau...
kerana AKU TAK PUNYA PERASAAN aku MAMPU lakukan semua itu...

keana setiap PERASAAN yang ada dalam diri aku adalah hak aku..
aku lebih rela kau kenal aku..kau sayang aku sebagai perempuan yang TAK BERPERASAAN 
kerna apabila hati aku dilukai oleh kau...kau tak akan berada di sisi aku..
kerna bila aku menangis disebabkan kau...kau tak akan ada untuk mendengar tangisan aku...

memang aku tahu kau sayangkan aku lebih dari segalanya tapi cukup setakat itu..
biarkan segalanya berakhir...
terimalah dirinya seikhlas hati kau seperti kau menerima diriku dalam hidupmu..
sayangilah dirinya sepertimana kau menyayangi diriku..
jagalah hatinya sepertimana kau menjaga hatiku..
dan jadikanlah dirinya sebahagian dari hidupmu seperti mana aku adalah hidupmu..

moga kebahagiaan itu sentiasa ada bersama kita..
kau dan dia...aku dan dia...
selamanya...

lots of lurve
_fetty artiqah_


No comments:

Post a Comment